السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ
Macam biasa harini kami lepak lagi sampai tengah malam di kampus. Buat ap? Buat fyp laaa. Siries cakap, sapa tak takot kalau fyp tak lepas. Aku pun takot tapi takpa aku cuba dengan usaha sendiri. Aku sendiri akui, aku memang tak minat bidang animation, aku memang tak minat buat cartoon, aku tak minat melukis cartoon, tapi aku usaha jugak buat semua tu dari aku zero. Terima kasih kepada Mr m dan madam yoi yang sudi menjadi lecturer animation aku sepanjang aku di unikl ni.
Ni gambar suasana dekat kampus, memg takdak orang pun, lagi2 lepas maghrib, memang sunyi level 11 ni. Kami suka lepak level 11 sebab mudah, ada pc, ada plug, kerusi meja semua ada. Dan rasa tenang ja bila kat sini lagi2 bila malam. Tapi kalau geng "Tabung" ada sudahlaaaa, hg rasa macam duduk dengan berpuluh orang, riuhhh gilaaa tambah masing2 kalau sembangtaknak kalah. Hahaaa. Siyes suasana ni akan aku rindu bila kita dah habis nnt.
suasana dalam lab time malam |
tekun gila semua |
stress :( |
Selalunya dlm ukul 10.40 / 11 malam macam tu kami akan turun bawahh, nak balik. Bila kat bawah pikir pulak nak makan kat mana. Memang betul tu soalan paling susah sekali, hahaaa. Kami ada beberapa kedai makan yang selalu kami lepak untuk makan dan sembang sembang. Kadang kami lepak Istana Maju, kedai pengat ( naim ). Makan saja salu habis dalam 2 3 jam jugak laa kat kedai makan. Dah habis makan sambung duduk kfc wangsa maju nak setel fyp. Masa ni ngatok takyah habaq rr, barai gilaa hahaa.
Nasi bujang istana maju |
No comments:
Post a Comment
sila sertakan link blog anda untuk follow back :p