Friday, 15 December 2017

Intern

Alhamdulillah, tempat intern dah dapat. Lega sebenarnya bila dah dapat tempat intern ni tapi hati still berdebar2 menunggu keputusan fyp2 nih. InsyaAllah, aku da usaha, aku dah buat, sekarang hanya bertawakal kepada Allah semoga semuanya dipermudahkan. Amin. Terima kasih kepada keluarga yang selalu support aku , terima kasih kepada mak yang selalu mendoakan kakyong. Terima kasih , sebab tanpa family, siapalah aku sekarang.

Perbelanjaan untuk semester ni sangat2 banyak. Stress sangat pikir pasal duit. Sejujurnya aku memang takdak buat job partime masa belajar ni, jadi aku hnya bergantung 100% daripada mara dan ibuku bila perlu saja. Sekarang ni memang mak aku saja yang tanggung aku, ayah dah meninggal 5 tahun lepas. Itu sajalah tempat aku bergantung harap.

Cerita dah tersasul dari tajuk atas, aduhai maaf teralit pulak menaip.

No comments:

Post a Comment

sila sertakan link blog anda untuk follow back :p