Harini kita digembar gemburkan dengan hujan yang lebat selama 15 jam tanpa henti dan mengakibatkan banjir di sekitar kawasan utara terutamanya penang dan kawasan yg berdekatan dengannya. Allahu. Aku di KL hanya mampu berdoa supaya ahli keluargaku yang berada di Kulim selamat. Lambakan post mengenai banjir di news feed facebook juga menunjukkan Kulim juga berada dlm keadaan banjir di beberapa tempat. Tanah runtuh jgk ada berlaku di beberapa kawasan. Paling teruk di kawasan penang sebab depa sangat dekat dengan laut.
Sedih bila lihat keadaan di sana, harga benda rosak, mereka juga tak dpt kemana mana melainkan duduk di kawasan yang selamat sampai banjir surut.
No comments:
Post a Comment
sila sertakan link blog anda untuk follow back :p