Wednesday, 25 November 2015

BERPURA-PURA


Sir cakap dalam kelas dia kena berpura-pura sikit . Jangan tunjuk sangat malas tu . Hahahaha kalau malas pun at least berpura-pura buat kerja . Ecewahhhh sir ni . Hahahaha . Best pulak kelas ni . Disebabkan harini aku terbawa kertas lukisan kosong jadi aku berpura-pura menggaris grid dalam kertas lukisan tu . Konon2 nak buat potret laaa . Hahaah . Disebabkan aku penat dah berpura-pura , aku pun bukak la balik sketch final aku , tengok balik sesuai tak digabungkan macam tu . Bila aku tanys sir , sir cakap "boleh boleh ikot kreativiti awak " .aku pun "okay2 boleh laaaa ceni "

Tengok kaki saya lukis depan tu
Apa pulak awak lukis ni haha
ATAS KAKI MANUSIA DAN BINATANG,
BAWAH KAKI ALIEN HAHA
Ada berita sedihhh

ESOK TAK DE KELAS

sedihhhnyaaaaa . Nangis . Lap hingus . Soksek soksek .

Hahaha penipu semuanyaaaa , pandai berpura2 , padahal gembiraaa nak mampos sebab esok takde kelas sir zaky n mr M . Hahaahahaha .

Tuesday, 24 November 2015

Final Sketches

Final sketches aku ialah gabungan daripada manusia , helang dan dinasour .

dapat gambaran tak aku nak buat macam mana? haaaaa mestilah ada paruh, sayap , ekor , tangan , badan , kaki dan muka dari ketiga2 tersebut .

contoh macam ni haa , tapi yang ni tak lengkap and detail lagi .




Gambar detail akan menyusul dalam post seterusnya ...................... :)

Shading Potret

Teringat aku sem2 dulu , aku ada ambil subjek Perspective Design , kami semua dikehendaki shading lukisan senibina bangunan . payah wo . sir bagi lukisan tu sempena cuti mid sem tak silap aku . Aku ambil masa dalam seminggu untuk siapkan dua shading tersebut . hampa pikir senang ka?? hahahaha

First time sepanjang aku belajar aku kena buat macam ni . al-maklumlah selama ni tak pernah ambil seni . eh da bapa kali aku nak cakap daaaa hahahaahah

Ni lah apa yang aku lukis , tadaa . convert dari a4 ke a3 . senang dak la........
starting



          



guna pensil faber castell
 SETELAH SEMINGGU..............
senibina pertama
senibina kedua

ala lupa rotate pulak


sama dak? haha



Monday, 23 November 2015

Teknik lukis potret

Benda first nak senang untuk lukis potret ialah, buat grid dulu supaya senang nak lukis atas a2 nanti .

camni cara buat grid , gariskan di gambar potret tersebut
then gariskan pula di kertas lukisan ,


macam ni pun boleh , ikot cara sendiri
Buat grid atas kertas a4 dan a2
NI GAMBAR GOOGLE


haaaaaa , camnii . pastu bila dah siap dah boleh start melakar dah .

Boleh shading pakai pensil steadler or faber castell , sebatang rm1.60 tak silap


pensil faber castell aku tak engat berapa aku beli dulu rm20 lebih tak silap

Pensil steadler

tapi kat sini aku suggestkan untuk guna pensil biru ni sebab ramai member aku cakap bestt bila shading . sedap katanya

Shoot video final project

Lepas habis drawing kami ke sungai buloh untuk shoot video .

tajok "MIRROR"

Dalam pukul 5 kami sampai ke destinasi yang dituju , bila sampai jaa , terus setting2 kamera dan mula shoot . lama jugak kami shoot , dekat pukul 3 pagi baru habis , ingat nak balik , tapi time2 macam ni agak bahaya . family ika ajak tido situ dulu .

then pagi2 kami bangun siap untuk  balik . dalam pukul 9 setengah pagi keesokann harinya kami pun sampai di rumah . perjalanan dalam 50 minit saja sebab tak jem .

setting camera
ready dah tu

semangat betui
hmmm


pukul 2 pagi , ngatok dah memasing

Hari minggu pun ada kelas

harini hari sabtu . Seperti yang dijanjikan , kami semua kena lukis model selama 3 jam . Macam biasa semua kena berkumpul pada pukul 1030 pagi . Tapi biasalah kalau cakap 1030 , pukul 1100 baru nk strat ye dok? Hahaahah .
tengah setting meja

Model kelas aku harini ialah Azra Zain , satu model kami bayar rm 30 selama 3 jam . Kami start melukis pukul 11 sampai pukul 2 . 

model


Nampaknya semua dah semangat nak melukis . Hahahaahah .

3 jam dari sekarang

tekun

rajin

tumpukan perhatian

benda first kena buad ialah hitamkan box board


Benda first kami kena buat ialah hitamkan kertas lukisan kami . Untuk apa ? Sebab bila salah buat just padamkan ja pakai tisu . 

hitamkan then baru sketch

First time buat , ofcoz laa kena redo hahaahah .

 Nilah hasilnya selepas 3 jam .  Jeng jeng , buruk bukan? Hahahahaaa

hm tak jadi rupa mek pun

huhuuuuu

sir tgh tunjuk cara melukis


bila main dengan charcoal , komfom tangan memasing hitam  legam haha





Oklahh dah habis pun kelas , nak p shoot video plak . Byee

Friday, 20 November 2015

cop mahal MR M . dapat cop yeay

Nak taw Benda apa paling gembira dlm kelas mr m ni ? Jawapannya ialahh bilaa dapatt cop ! Hati manyak suka . Manyak senang . Sebab selagi tak dapat cop , kena redo , selagi tu jiwa , hati dan fikiran akan berada dalam keadaan kusut , rungsing dan stress .

Tak caya? Meh try masuk kos animationn laaa . Hahaa . Enjoy tapi bila dah start final project agak stress jugak banyak jugaklaaa . Tringat aku masa sem 1, buat final graphic design dari lepas mgrib smpai pukul 9 pagi keesokan harinya dengan tak tido langsong . Tawtaw dah pagi . Pukul 11 pg present . Memang tak rasa mengantuk sebab suasana dalam bilik tv masa tu mcm siang , ramai grop lain buat kerja kat situ . 

Bukan buat kerja last minute okeh , tapi bila dah start final project , percayalah takkan sempat nk buad mana satu . Buad yang ni , yang ni nk hntr , dtg pulak kerja baru . Stress sangat masa tu . Tak heran la kalau 2 minggu sebelum study week , siang dan malam takdak beza . Memang penat . 
progress

Berbalik pada post aku , akhirnya aku dapat cop untuk lukisan tu haha . Tak sia sia aku duduk menghadap benda tu dari pukul 9 malam smpai 2 pagi semata2 untuk shading saja . Tu pun esoknya pukul 7 pagi bangun buat shading yang tak siap semalam . Tak main fon , tak lagho okeh . Fokus kat kerja ja tu . Kalau lagho taktawlah hahaah

Sapa cakap shading senang ? Nampak mcm tenyeh2 ja . Uishhh dakk .

Tadaaa niha lukisan yang dah dapat cop . Hahaahah sir cakap
human

helang

dinasour

"Walaupun dia lukis tak cantik , tapi dia pandai mengaburi mata musuh . Hhahahaah saya suruh lukis 5, dia lukis 6 . Okaylah tu , boleh dapat D paling tinggi "

HAHAHAHAHAHAHAHAHA

Lukisan awak memang terukssssssssss :D

Takpa , yang penting dapat cop !! Kekekeek

_________________________________________________________________________
suasana dalam kelas..........



yang belakang tu ratu selfie haha
busyyy
benda wajib bawak
sesi dapatkan cop
sir bagi penerangan
oooooooooo...
  KELAS TAMAT OK BYEEE...

Wednesday, 18 November 2015

Stress melukis..


in progress


Harini dekat rumah memasing bertungkus lumus siapkan kerja Mr M . Takyah cakap laaa , memang agak boring buat kerja nii . Lagi2 bak shading . Aku dah la tak pernah ambik seni sepanjang sekolahh duluu , masukk u tetiba dapat kos animation . Suka melukiss conteng2 tuu memang ada tapi takk la sampaii minattttt sangat2 .

Bilaa aku salah shading , nasib ada jugakkk member yang tegur cara aku shading salahh dan tolong tunjukkan cara shading .

Lamaa jugak nak melukis satu2 haiwan punn , shadingg lagi laa lamaa . Dekat 3 jam lebih jugak nak shadingg 5 helangg punn . Tapi takpalaa , sir cakap kalau lukis kali kedua lebih better? Haahahahaahahaa ntahlaaaaaa .

ok laaaa nak buat kerja ni .............. byeeee

Aku tak dapat cop ! Frust

Harini sesi mendapatkan cop . Frust sikitt harini sebabbb tak dapat cop . Arghhhhhhhhhhhh . Mood aku hilang macam tu saja berlalu pergi mcm anginn sebab TAK DAPAT COP . Waaaaaaaaaa . Bukan kena rbuat semula tapi kena tambahh sikitt lagiiii human n haiwan sebab takkk cukup .

Jadi kesimpulannya , aku tak dapat cop . Fruastatedd . So aku rasa aku nakk buat lainnn aaaaa........

suasana dalam kelas

jum balik anak2


 kelasss tamat.



Wednesday, 11 November 2015

Progress Human & Animal yang hampir di reject ???

Setelah berhari2 aku lukis human yang di reject pada minggu lepas , akhirnya siap jugak lukisan aku . ,walaupunnn taklah secantik real . lepas lukis human aku lukis animal pulak , animal yang aku pilih ialah DINARSOUR T-REX dan BURUNG HELANG .



human poses

tangan n badan dinasour yan licin

'KITA KENA BERANI KOYAK ARTWORK SENDIRI'

sakit memang sakit , pedih memang pedihhhhh , bila kerja yang berhari2 buad kena reject lagi2 yang shadingg potret tuu ,  memang sakit nak koyakkkk ~

tapiii tulah sir nak practise supaya student dia pandai melukissss . KAN KAN KAN KAN MR M???

tekun ka berpura pura tu? 

cheseeeeeeeeee

haip main fon ka tu?


nak start lukis potret


suasana dalam kelas
yang belakang tu sembang ka ?

tadaaa , tak siap lagi . dah siap tktaw la buruk ka cena haha


dahh bacaa , komen laa sikit hahaha :P